Tips dan Info
Apakah Alat Pemadam Api?
Alat pemadam api adalah bertujuan untuk melawan kebakaran. dalam menjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api memainkan peranan sebagai “alat bantu mula” iaitu digunakan untuk memadam kebakaran diperingkat awal.
Jenis-Jenis Alat Pemadam Api
Alat pemadam api jenis air (water type)
Alat pemadam api jenis buih ( foam type)
Alat pemadam api jenis debu kering ( dry chemical)
Alat pemadam api jenis karbon dioksida (carbon dioxide – liquid co2)
Bagaimanakah Mengetahui Tahap Pemadam Api?
Tips:Sebagai pengguna anda hendaklah memastikan alat pemadam api yang digantungkan di dinding-dinding atau di simpan dalam keadaan baik. Caranya adalah dengan memerhatikan tolok tekanan ( Pressure Gauge). Jarum tolok hendaklah berada di kawasan hijau (Green Range) dan sekiranya jarum tekanan tidak berada di tempat yang sepatutnya, ini bermakna tekanan di dalam silinder telah berkurangan atau berlebihan dan ini boleh mendatangkan kesan yang bahaya. Anda dinasihatkan mendapatkan bantuan dari pihak yang bertauliyah untuk melakukan servis.
No comments:
Post a Comment