MENGENAI KAMI
Kami adalah syarikat berdaftar dengan SSM dan MOF yang menjual alat pemadam api/ Fire Extinguisher serta menyediakan perkhidmatan Menyelenggara / menservis alat pemadam api dalam pelbagai saiz dalam skala besar atau kecil.
Terdapat Fire Extinguisher 1kg ( sesuai digunakan untuk kenderaan) , 2kg, 4kg, 6kg, 9kg dan juga alat pemadam api jenis CO2 dengan harga yang berpatutan. Segala pembelian atau perkhidmatan servis sila telefon nombor yang tertera di bawah :
KAWASAN
Kuala Lumpur / Selangor Pn.Azi 011-10802534
Johor / Melaka / Negeri Sembilan En Aswan 019-7752534
Fire Extinguisher (Gambar Hiasan) |
Seminar Keselamatan Kebakaran (Fire Prevention Seminar)
Akibat dari permintaan yang menggalakkan daripada syarikat-syarikat yang menjadi pelanggan kami untuk mengadakan seminar mengenai keselamatan kebakaran, team kami telah bersepakat bagi menyediakan individu-individu yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam menjayakan program tersebut.
Didalam seminar tersebut para peserta akan didedahkan dengan:
1) Fakta penting yang anda perlu tahu mengenai sifat api dan kebakaran .
2) Cara mengelakkan berlakunya kebakaran
3) Cara menentang kebakaran dengan menggunakan peralatan.
4) Hal mengenai Sains Kebakaran
5) Faktor utama terjadinya kebakaran
6) Keselamatan kebakaran di tempat kerja
Siapakah yang sepatutnya menyertai program ini?
- Managers, Facility Directors and Maintenance Personnel
- Architects, Engineers Designers, Contractors, Estimators, Risk Managers
- AHJs, Building Inspectors, Plan Examiners and Fire Marshals
- Critical Environments Managers, Data Center Personnel, Data Center Architects & Engineers
- Business Leaders, Consultants, Safety Manager
- Individu yang berminat bagi meningkatkan keselamatan di tempat kerja mahupun di rumah.
PENGENALAN
Alat pemadam api adalah bertujuan untuk melawan kebakaran. dalam menjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api memainkan peranan sebagai “alat bantu mula” iaitu digunakan untuk memadam kebakaran diperingkat awal.
APAKAH JENIS FIRE EXTINGUISHER YANG PERLU SAYA ADA?
Persoalan di atas sering ditanyakan oleh para pelanggan. Di sini kami akan nyatakan beberapa perkara semoga ianya dapat membantu:
1) Sekiranya anda menjalankan perniagaan di sesuatu premis, bagi mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa tempatan serta dari pihak Bomba, anda wajib memiliki Fire Extinguisher yang kebiasaanya seberat 9 kg dan ianya perlu disahkan selamat oleh pihak Bomba.
2) Alat pemadam yang paling sinonim digunakan di bangunan-bangunan dan bilik-bilik pejabat adalah dari jenis Dry Powder. Namun sekiranya anda inigin meletakkan alat pemadam api di dalam bilik yang dimuatkan dengan komputer atau peralatan elektronik adalah lebih baik menggunakan CO2 kerana ia lebih efektif dan mengurangkan kadar kemusnahan
3) Bagi kenderaan pula adalah sekurang-kurangnya 1kg
4)Silinder alat pemadam api yang telah melebihi 10 tahun hendaklah ditukarkan dengan yang baru. Bagaimana ingin mengetahui ianya sudah melebihi 10 tahun? jawapannya anda boleh melihat "manufacture date" seperti yang tertera di permukaan silinder.
BAGAIMANAKAH MENGETAHUI TAHAP ALAT PEMADAM API?
Sebagai pengguna anda hendaklah memastikan alat pemadam api yang digantungkan di dinding-dinding atau di simpan dalam keadaan baik. Caranya adalah dengan memerhatikan tolok tekanan ( Pressure Gauge). Jarum tolok hendaklah berada di kawasan hijau (Green Range) dan sekiranya jarum tekanan tidak berada di tempat yang sepatutnya, ini bermakna tekanan di dalam silinder telah berkurangan atau berlebihan dan ini boleh mendatangkan kesan yang bahaya. Anda dinasihatkan mendapatkan bantuan dari pihak yang bertauliyah untuk melakukan servis.
APAKAH ALAT PEMADAM API
1. alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting
2. alat pemadaman kebakaran pertahanan barisan hadapan
3. memadam kebakaran pada peringkat api permulaan
contoh saiz 1kg dan 2kg yang sesuai bagi kegunaan kenderaan |
JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API
1. alat pemadam api jenis air (water type)
2. alat pemadam api jenis buih ( foam type)
3. alat pemadam api jenis debu kering ( dry chemical)
4. alat pemadam api jenis karbon dioksida
(carbon dioxide – liquid co2)
ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING (DRY POWDER)
1. JENIS CARTRIDGE
2. STORED PRESSURE
BAHAN KIMIA YANG TERDAPAT DALAM DEBU KERING :
1) Sodium Bicarbonate- 97%
2) Magnesium Stearate- 1.5%
3) Magnesium Carbinate- 1%
4) TriCalcium Phospate- 0.5%
Video di bawah adalah perkara asas yang anda perlu tahu untuk menggunakan alat pemadam api jenis portable:
Salam. Ade tak pakej fire extinguisher dgn smoke alarm. Nk tau harga la.
ReplyDeletewassalam. pn blh beri maklumat lanjut jenis pakej yg pn inginkn tu? jika ade blh pm sy.. 0197752534. InsyaAllah harga yg terbaik kami akn berikan..
ReplyDeletewassalam. pn blh beri maklumat lanjut jenis pakej yg pn inginkn tu? jika ade blh pm sy.. 0197752534. InsyaAllah harga yg terbaik kami akn berikan..
ReplyDeletesalam , company saya merupakan syarikat construction, memerlukan beberapa fire extinguisher di tapak bina, boleh saya dapatkan detail dan suggestion?
ReplyDeleteEncik esan isa leh contact terus ngan bos saya..en aswan 0197752534...insyaallah beliau komited membantu saudara...
ReplyDeleteSalam..saya ingin mendapatkan fire extinguisher utk diletakkan di rumah dan dalam kereta. Jenis fire extinguisher apa yg sesuai dan brp harganya?
ReplyDelete